First sekali aku nak berterima kasih sangat-sangat and banyak-banyak kepada Dr. Normaliza Abdul Rahim a.k.a Dr. Notts selaku pensyarah subjek BBK3408 KESUSASTERAAN DALAM MULTIMEDIA yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada aku and kawan-kawan aku dalam mempelajari setiap kerja yang diberikan dalam subjek Kesusasteraan Dalam Multimedia. Pada mulanya aku takut sangat nak masuk kelas kesusasteraan dalam multimedia ini sebabnya pensyarah yang mengajar subjek ini garang sangat (tengak muka dia pun memang garang laa..huhuhu..tapi sebenarnya Dr. Notts baik orangnya (jangan judge orang pada luarannya saja) Dr. Notts memang seorang yang baik and cukup spoting. Kalau nak kenal dengan lebih detail and dekat lagi siapakah gerangan Dr. Notts ini boleh laa layari laman blog beliau iaitu http://aammwa.blogspot.com/. First time masuk kelas Dr. Notts aku pakai selipar jer (yelaa pergi kelas mana-mana pun aku pakai selipar jer). Dr. Notts cakap datang kelas 'saya kena pakai kasut kalu siapa yang tak pakai kasut keluar dari kelas saya' jadi semua pelajar kelas tu pakai kasut lah pada minggu depan nyer. Semua pelajar kelas aku pergi beli kasut laa pada hari minggu tersebut termasuk laa aku pun pergi beli kasut jugak.(takut wei nanti kena halau keluar bilik kuliah...hehehe...).
Semasa dalam kelas Dr. Notts kami diarahkan untuk buat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang ahli. Group aku seramai 5 orang, 4 perempuan seorang lelaki dengan itu tertubuhnya BARA. Kelas Dr. Notts ni banyak sangat tugasan yang perlu dilakukan. Setiap orang kena buat Kalendar yang berkaitan dengan diri sendiri. Lepas itu setiap kumpulan kena buat video miming. Mana tak banyak nyer tiap-tiap minggu kena buat video. First video kami yang pertama adalah kita orang kena buat video miming lepas itu kena upload dalam youtube (seumur hidup kami tak pernah buat itu semua). Tapi kena buat laa sebab itu kan tugasan kita orang tu (markah kat situ tu). Akhirnya video miming pertama kami siap jugak iaitu "Semua Tentang Kita", "Amuk, "Bila Berpacaran", "Insaf", "Kecurian", dan yang terakhir adalah "Dokumentari Pencemaran Air", (happy sangat tau) video kami masuk youtube (banga rasanyer..hehehe). Banyak perkara yang aku dan kawan-kawan aku dapat belajar contohnye cara-cara nak edit video movie maker dan cara-cara nak upload video dalam youtube.
Sejujur nyer aku memang enjoy sangat-sangat dapat mengikuti kursus ini kerana aku dapat banyak pengalaman seperti menari, berlakon dan sebagainya serta dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang multimedia ini. Aku akui sangat-sanagt memang tak boring langsung belajar subjek ini sebab kita orang punya pensyarah sangat laa spoting (walaupun beliau bagi banyak tugasan..hehehe...)...TQ Dr. Notts coz sudi mengajar kami...
No comments:
Post a Comment