Familiy aku nie boleh dikatakan besar lah jugak iaitu seramai 8 orang tapi dah termasuk bonda & ayahnda tersayang. Tapi familiy aku nie telah bertambah menjadi seramai 12 orang. Yelah, dah abang aku yang sulung dah kawin dapat 2 orang anak pas tu kakak aku yang no 2 tu pulak baru je selamat mendirikan rumah tangga pada bulan 6 masa cuti sem lepas ngan Mohd Faizal dapat lah aku abang ipar baru. Kira aku nie bertuah lah jugak dapat abang ipar yang spoting, satu kepala ngan aku and adik beradik aku yang lain..
Tapi tu aku tak kisah lagi ramai lagi best.. Betul tak?...Lagi besar familily aku.huhuhu.
Bulan 2 ari tu, 14hb Feb 2011 aku dapat anak buah baru. Abang aku punya lah suka yealah dapat hero katakan. Dah lama dia nak anak lelaki jadi dapat jugak. Hehe. Sekarang nie dia dah ada 2 orang anak sorang girl and sorang boy. Hero kecik abang aku nie di beri nama Muhammad Abib Asyraf tapi bukan dia yang bagi nama tu tapi kak ipar aku. heheh. Tak kisah laa sape-sape pun bagi nama tu janji hero kecik nie sihat.
Dah nasib Asyraf dia kena tahan kat wad sebab doc cakap paru-paru dia kena jangkitan kuman. Kesian pulak kat hero kecik nie baru jer lahir dah kena tahan kat wad..tapi nak buat camner kan semua tu dah di tentukan oleh-NYA. jadi kite sebagai hambanya kena lah terima dengan redha. Nasib baik mama Asyraf tak apa-apa. Bersalin dengan baik. Cuma Asyraf je didapati terkena jangkitan kuman tu.
Jadi aku terpaksa lah kena jaga kakak Asyraf yang manja tu. Adoilah!!...Punya lah susah nak jaga budak nie terlalu banyak songeh and manja tahap dewa...huhuhu...Tapi takpe lah kena jaga jugak kesian kat papa and mama dia nak jaga Asyraf lagi..
* nie gambar Asyraf dah 5 bulan
Tapi Alhamdulillah Asyraf dah sihat sekarang nie dah besar pun hero kecik kesayangan abang aku nie. Cuma kalau dia batuk-batuk tu susah sikit dia nak bernafas. Kesian hero kecik nie.. Aku doakan agar hero kecik kesayangan kami nie cepat sembuh. semoga cepat sembuh yea baby kecik!...
***
Tapi Alhamdulillah Asyraf dah sihat sekarang nie dah besar pun hero kecik kesayangan abang aku nie. Cuma kalau dia batuk-batuk tu susah sikit dia nak bernafas. Kesian hero kecik nie.. Aku doakan agar hero kecik kesayangan kami nie cepat sembuh. semoga cepat sembuh yea baby kecik!...
***
No comments:
Post a Comment